Saturday, September 21, 2019

Suria KLCC & KLCC Park

Menara berkembar Kuala Lumpur


Warga KL ada yang menggelarkannya sebagai dua roket metalik dan ada juga yang menggelarkannya dua jagung besi yang besar. Namun, tidak kira apa sekalipun gelaran yang diberikan, dua menara ini adalah ikon utama di Kuala Lumpur.

Bahkan jika pelancong asing datang, sudah pasti tempat ini terdapat dalam "Things to-do list" mereka.

Di kelilingi hotel-hotel mewah, ciptaan tinggi manusia ini juga mempunyai pusat membeli belah di dalamnya untuk anda mencuci mata atau membeli belah. Ia juga mempunyai galeri seni, pusat sains interaktif kanak-kanak (Petrosains), sebuah aquaria dan sebuah dewan filharmonik yang bertaraf dunia.

Suria KLCC
Mempunyai lebih dari 270 kedai manakala medan selera pula penuh dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa.
Kinokuniya, iaitu sebuah kedai buku yang terletak di tingkat 4 sering menjadi tarikan.

KLCC Park
Apabila keluar sahaja dari menara berkembar ini, kita akan lihat sebuah taman yang dilengkapi dengan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam dan trek jogging!

Jika pelancong asing pun jadikan tempat ini sebagai tempat yang perlu mereka kunjungi, mengapa tidak kita? Jadi, kita bolehlah membawa keluarga untuk datang ke sini dan meluangkan masa bersama keluarga!

No comments:

Post a Comment