Monday, September 23, 2019

Restoran Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok




Restoran mamak ini dikenali kerana masakannya yang lazat dan murah. Restoran Anuar ini juga dikenali dengan restoran kari kepala ikan bawah pokok. Menu utama Restoran ini adalah kari kepala ikan. Manakala menu sampingannya adalah ayam yang hanya berharga RM3 yang disertakan dengan nasi sepinggan. Restoran ini terletak di area Bangsar, Kuala Lumpur. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Ini adalah alamat penuh Restoran Anuar :

Anuar Kari Kepala Ikan, Corner Stall,
Pusat Penjaja Taman Lucky, 
Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar.



Saturday, September 21, 2019

Central Market


Pusat membeli belah cenderamata paling menarik sekali sudah semestinya di Central Market. Kraftangan, barangan pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo ada dijual di sini. Jika anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan tarian tradisional secara percuma di pentas luar Central Market ini.

Sudah pasti di sini juga ada tempat makan! Tidak kira makanan apa sekali pun, anda pasti dapat menikmatinya di sini. Jika anda inginkan lauk tradisional Melaka, bolehlah mencuba di Restoran Precious.

Kolam Renang Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Vista Angkasa


Bagi anda yang sering tertekan dan ingin hilangkan tekanan bolehlah datang ke kolam renang ini. Tidak perlu bayar mahal-mahal seperti ke Taman Tema Air. Dengan harga kurang dari RM5 sahaja anda boleh bersuka-ria di dalam air tanpa sebarang halangan.

Kolam renang Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Vista Angkasa ini terletak di 3 kawasan iaitu Pantai Dalam, Bangsar dan Kerinchi. Gambar di atas adalah di Kerinchi.

Berdekatan dengan kolam ini juga terdapat sebuah kompleks beli-belah KL Gateway Mall. Oleh itu, apabila badan penat berenang, bolehlah masuk ke dalam mall untuk mengumpul kembali tenaga dengan pelbagai jenis makanan di dalamnya.

Tarikan lain di kawasan ini adalah Pasar Malam! Jika datang pada hari Jumaat dan Isnin, anda dapat membeli makanan di pasar malam yang terletak di sebelah saja.

Maklumat tambahan :

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis
Pagi : 9.30 - 12.00pm
Petang : 2.00 - 4.30pm
Malam : 6.00 - 8.30pm
Jumaat
Pagi : 9.30 - 12.00pm
Petang : 3.00 - 5.00pm
Malam : 6.00 - 8.30pm

Sabtu, Ahad & Cuti Am
Pagi : 9.30 - 12.00pm
Petang : 3.00 - 5.00pm
Malam : 6.00 - 8.30pm

Bayaran:

Bayaran masuk - Dewasa (RM2), Kanak-Kanak (RM1)
Bayaran Masuk Hujung Minggu & Cuti Umum : Tambah RM1 dari kadar di atas

Suria KLCC & KLCC Park

Menara berkembar Kuala Lumpur


Warga KL ada yang menggelarkannya sebagai dua roket metalik dan ada juga yang menggelarkannya dua jagung besi yang besar. Namun, tidak kira apa sekalipun gelaran yang diberikan, dua menara ini adalah ikon utama di Kuala Lumpur.

Bahkan jika pelancong asing datang, sudah pasti tempat ini terdapat dalam "Things to-do list" mereka.

Di kelilingi hotel-hotel mewah, ciptaan tinggi manusia ini juga mempunyai pusat membeli belah di dalamnya untuk anda mencuci mata atau membeli belah. Ia juga mempunyai galeri seni, pusat sains interaktif kanak-kanak (Petrosains), sebuah aquaria dan sebuah dewan filharmonik yang bertaraf dunia.

Suria KLCC
Mempunyai lebih dari 270 kedai manakala medan selera pula penuh dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa.
Kinokuniya, iaitu sebuah kedai buku yang terletak di tingkat 4 sering menjadi tarikan.

KLCC Park
Apabila keluar sahaja dari menara berkembar ini, kita akan lihat sebuah taman yang dilengkapi dengan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam dan trek jogging!

Jika pelancong asing pun jadikan tempat ini sebagai tempat yang perlu mereka kunjungi, mengapa tidak kita? Jadi, kita bolehlah membawa keluarga untuk datang ke sini dan meluangkan masa bersama keluarga!

Taman Rama-Rama KL



Taman ini dibina sebagai taman perlindungan semulajadi serangga dan rama-rama dengan mempunyai lebih 6,000 rama-rama dari lebih daripada 120 spesies khas buat peminat-peminat unggas. Saiznya sebesar 80,000 kaki persegi menjadikan ia sebagai taman rama-rama paling besar di dunia! Haaaa hebatkan negara kita!

Taman ini juga ada muzium serangga dan kedai cenderamata ketika hendak keluar dari taman rama-rama. Jadi, jika anda ingin membawa balik spesimen rama-rama atau kumbang, inilah tempat buat anda!

Harganya sangatlah berpatutan untuk masuk dan merasai pengalaman yang menakjubkan ini.

Harga tiket masuk ke Taman Rama-Rama.
Waktu beroperasi bagi taman ini adalah pada hari Isnin hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Sekiranya anda ingin ke taman ini, pastikan anda datang pada waktu pagi kerana ketika itu rama-rama sedang aktif!


Taman Burung KL


Sebuah taman yang terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur ini menempatkan pelbagai jenis burung-burung eksotik yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Kawasannya merupakan dalam sebuah sangkar burung bersaiz 20.9 ekar yang dibuat dalam hutan hujan tiruan.

Ini merupakan sebuah sangkar habitat burung yang terbesar di dunia dan ia dibahagikan kepada 4 zon.
  • Zon 1 dan 2 adalah tempat penerbangan bebas. Di sini burung-burung dibiarkan berterbangan dan berkeliaran dengan bebasnya.
  • Zon 3 ditetapkan sebagai taman enggang.
  • Zon 4 pula tempat khas untuk pembiakan burung. Zon ini juga menempatkan amfiteater (tempat pertunjukan Burung yang diadakan setiap hari)

Ingin berjumpa dengan 'superstar'? Sudah tentu di sini juga ada 'superstar'. Antaranya ialah Merak Biru India dengan ekor warna warninya, Merpati Crowned yang sebesar seekor ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang tidak wujud lagi dan burung Congo Afrika Grey Parrots yang merupakan spesies nuri paling pandai di dunia!

Risau tentang harga tiket? Harga tiket ke taman burung ini sangatlah berpatutan dan berbaloi iaitu
Info tambahan :
  • Warganegara - Dewasa (RM25) Kanak-kanak (RM6)
  • Pelancong Asing - Dewasa (RM63) Kanak-kanak (RM42)
Alamat : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : +60 3-2 2272 1010

Masjid Jamek Kuala Lumpur



Masjid ini dibina pada tahun 1909 , ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direka bentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.

Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali dengan gelaran Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra Putrajaya, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya. Masjid ini juga mempunyai pemandangan yang begitu menarik dan indah serta mempunyai keluasan yang begitu besar.



Masjid Putra Putrajaya






Masjid Putra ialah sebuah masjid yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.


Masjid ini mempunyai pemandangan yang sungguh menarik dan menakjubkan.Malah di masjid ini bukan sahaja dilawati oleh orang Islam dan tempatan tetapi oleh orang yang bukan beragama Islam serta pelancong daripada pelbagai negara dan bangsa. Seterusnya, jumlah staf Masjid Putra adalah seramai 35 orang dan diketuai oleh Imam Besar.




Bangunan Perdana Putra Putrajaya

Bangunan Perdana Putra merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri Malaysia yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya.

Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1997 dan disiapkan pada awal 1999. Bangunan ini pertama kali diduduki pada April 1999 selepas kesemua seksyen Jabatan Perdana Menteri berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Tempat ini perlu dilawati oleh semua orang daripada pelosok dunia dan terutama penduduk negara Malaysia sendiri sebagai tanda kita menghargai jasa para pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan Kabinet Menteri yang sentiasa bekerja sepanjang masa bagi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Malaysia.

Image result for bangunan perdana putra            Image result for bangunan perdana putra